Gambar Syarikat dan Usahawan ......

THRIFTY LEGACY

OLD BUT GOLD

Usahawan yang dikenali sebagai Ucoop dan beliau seorang yang sporting


Logo kedai usahawan



Sijil SSM Syarikat Usahawan




Waktu Operasi Kedai Usahawan semasa PKPB










Temu Bual Usahawan yang Paling Spontan

 Temu Bual bersama Usahawan....



Gambar di atas menunjukkan bukti bahawa kami melakukan temu bual usahawan melalui atas talian. Temu bual ini melalui aplikasi ZOOM oleh kerana usahawan tersebut meminta untuk ditemu bual menggunakan paltform tersebut.Kami sekumpulan sebagai peserta juga bersetuju untuk menggunakan aplikasi Zoom. Di dalam temu bual tersebut, kami memulakan sesi pengenalan mesra yang dimulakan oleh ahli kumpulan yang pertama iaitu Syahirah. Setelah sesi pengenalan mesra itu, Syahirah mula bertanyakan 3 soalan yang diberikan kepadanya, selanjutnya soalan yang keempat hingga ke enam diserahkan kepada ahli kumpulan seterusnya iaitu Ammar.Bagi soalan ketujuh hingga penutup pula, dilakukan oleh ahli kumpulan yang terakhir iaitu Fathiah. Setiap ahli kumpulan diberi pilihan untuk memilih 3 soalan daripada 9, kemudian kami akan susun soalan ikut urutan dan yang bersesuaian. Bagi soalan yang tidak bersesuaian atau tidak mengikut urutan, kami akan menukar soalan dengan ahli kumpulan yang lain supaya setiap soalan yang akan ditanya itu mengikut urutan dan berkaitan dengan soalan utama.Dalam temu bual atas talian tu juga, usahawan ada menunjukkan kad ssm beliau sebagai bukti syarikat yang usahawan usahakan sah dan berdaftar.

Budget Speaker Sbg Projek Produk Pilihan

  


1) Percubaan pertama kali tentang speaker budget yang telah dihasilkan bagi melihat sama ada projek produk boleh digunakan atau hanya replika semata.



2) Percubaan kedua bagi speaker budget yang dihasilkan bagi mencari masalah yang terdapat pada speaker budget. Tetapi, keadaan speaker dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna



3) Merekod sebuah video berkenaan projek produk iaitu Speaker Budget yang telah dihasilkan bagi bertujuan untuk membuat review tentang produk dah ditunjukkan kepada pensyarah


 4) Penghasilan sebuah video dengan menambahkan penggunaan filter bagi meningkatkan lagi kualiti video yang dihasilkan dan dapat menaikkan lagi pemarkahan tugasan oleh kerana video yang dibuat berdasarkan kreativiti pelajar.

Pemilihan Untuk Produk Terbaik

 PERJUMPAAN SECARA ATAS TALIAN....




Bagi memutuskan produk yang terbaik, kami sekumpulan telah bersetuju untuk membuat perjumpaan di atas talian bagi mendapatkan keputusan yang sebulat suara. Perjumpaan atas talian ini dibuat pada waktu malam dan masa perbincangan dan kata putus yang diambil ialah dalam anggaran 27 minit. 

    Selain daripada membincangkang produk terbaik, perjumpaan atas talian ini juga bertujuan untuk membincangkan tentang projek temu bual usahawan seperti yang diberitahu Pensyarah pada tempoh hari. Dalam perbincangan mengenai temu bual usahawan itu, kami sekumpulan sedang membincangkan tentang proses temu bual itu. Contohnya, bila mahu mulakan temu bual, soalan apa yang akan di tanya dan banyak lagi.










Video Individual Task

 

Projek Produk Easy Print by Fathiah


 

1) Nama : NUR FATHIAH BINTI AZEMI

  Kelas : BIBT 1

  No. Matriks : B2010043

  Subjek : MPU3243 KEUSAHAWANAN

  Deskripsi Projek Produk :

    Produk Easy Print ini di inovasikan dari mesin printer yang sedia ada dipasaran. Terlahirnya idea untuk menginovasikan mesin printer ini diatas masalah yang timbul. Antara masalah nya adalah kesukaran mengunakan mesin printer, mesin printer yang besar dan berat, sukar untuk dibawa kemana-mana dan sebagainya. Mesin ini adalah jawapan segala masalah yang timbul. Dengan pengunaan yang mudah, wayerless dan boleh dibawa kemana sahaja. Bukan sekadar pengunaan printer malah photostate dan scan juga ada. Lebih-lebih lagi Easy Print ini dapat memberi kesenangan pada para pelajar sekolah, pelajar IPT malah pada guru serta pensyarah. Mesin Easy Print ini mampu dimiliki kerana harga nya hanya lah RM350 untuk seumur hidup. Nak guna printer,Gunalah Easy Print.


Projek Produk Cloth Hanger by Syahirah


2)Nama : NURUL SYAHIRAH BINTI ZUNAIDI

  Kelas : BIBT 1

  No. Matriks : B2010060

  Subjek : MPU3243 KEUSAHAWANAN

  Deskripsi Projek Produk :

   Projek ini dilengkapi dengan sensor rain detector, buzzer, raspberry pi dan Dc motor. Sensor rain detector berfungsi untuk mengesan isyarat apabila terkena air hujan. Komponen elektronik yang berfungsi untuk menukar getaran elektrik kepada getaran bunyi apabila air hujan terkena pada rain detector adalah buzzer. Raspberry pi ialah komponen utama dalam produk ini yang berfungsi untuk memberi notifikasi melalui email atau gmail pengguna menggunakan telefon pintar atau computer pengguna dan telah di setup dengan Dc motor pada ampaian tersebut.Produk ini di anggarkan berharga RM599.70 dan sasaran yang dikenakan ialah kepada suri rumah yang bekerja atau pun yang tidak bekerja dan bujang


Projek Produk Speaker Budget by Ammar


3) Nama : MUHAMAD SYAKIR AMMAR BIN FAUJI

   Kelas : BIBT 1

   No. Matrik : B2010030

   Subjek : MPU3243 KEUSAHAWANAN

   Deskripsi Projek Produk :

    Projek produk yang saya hasilkan ialah sebuah speaker. Nama produk yang saya hasilkan ialah Budget Speaker. Fungsi produk ini adalah untuk kemudahan orang ramai dan kegunaan luar apabila melakukan aktiviti luar yang memerlukan penggunaan speaker sebagai hiburan. Harga produk yang dihasilkan bermula daripada RM 5 hingga Rm 10 sahaja. Produk ini dihasilkan bagi mereka yang meminati aktiviti luar atau sukan luar yang memerlukan penggunaan speaker sebagai Gerakan mereka atau sebagai hiburan mereka. Contohnya seperti bermain skateboarding dimana mereka memerlukan speaker untuk mengeluarkan lagu sebagai menyemarakkan lagi semangat mereka  untuk melakukan skating. Selain itu, antara aktiviti luar lain yang memerlukan penggunaan speaker ini ialah aktiviti tarian yang dijalankan secara berkumpulan. Aktiviti tarian memerlukan tempat yang sesuai dan lagu yang menarik bagi merancakkan lagi aktiviti tarian dan antara aktiviti tarian yang terkenal yang dipersembahkan di jalanan negara kita ialah sepeti zapin, kuda kepang, ulek mayang, tarian hip-hop dan banyak lagi. 

Bermulanya perbincangan tentang projek produk individual task !!

 

Assalamualaikum WBT.........

Segala langkah-langkah sehinggalah penghasilan Blog hanyalah melalui  group Whatsapp sahaja oleh kerana PKP yang sedang berlangsung akibat daripada wabak covid-19.


1) Pemberitahuan tentang projek produk yang akan dihasilkan secara individual oleh pelajar-pelajar yang mengambil subjek MPU 3243 Keusahawanan dan harus dibentangkan di dalam video berdurasi 5 minit melalui group Whatsapp.



2) Membuat list dan memilih tajuk tentang projek produk yang akan dihasilkan oleh para pelajar secara individual bagi memastikan tidak ada persamaan antara satu sama lain melalui group Whatsapp


3) Menerangkan tentang tugasan yang diberikan di aplikasi Schoology berkenaan rubrik produk pitching yang akan membantu dalam penghasilan projek produk yang akan dihasilkan secara individual melalui group Whatsapp.



4) Proses pembuatan projek produk secara individual di mana pelajar ini telah memilih speaker sebagai projek produk beliau dengan menggunakan bahan-bahan terpakai seperti bekas makanan(pringles), kadbod, gam cair dan juga salotip.


5) Oleh kerana masih di dalam PKP dan pembelajaran secara atas talian,pensyarah meminta agar semua pelajar membuat video tentang projek produk yang telah di hasilkan. Proses pembuatan video yang berdurasi selama 5 minit tentang projek produk yang telah dihasilkan secara individual oleh pelajar-pelajar. Video direkod dengan menggunakan aplikasi Loom serta di edit dengan menggunakan aplikasi Filmora berdasarkan kreativiti masing-masing.


6) Hari yang dinantikan, tarikh yang mengejutkan. Para pelajar diminta untuk menghantar dan mengupload video projek produk yang berdurasi selama 5 minit di dalam aplikasi Schoology atau para pelajar boleh mengupload video berkenaan di aplikasi Google Drive dan dikongsikan kepada pensyarah supaya pensyarah dapat melihat video tersebut.


7) Membuat pemilihan ahli kumpulan dan menubuhkan sebuah group bagi perjumpaan atas talian bersama pensyarah dengan menggunakan aplikasi Google Meet. Penubuhan  group ini bertujuan untuk memberi markah kepada pelajar tentang projek produk yang telah dihasilkan.


8) Perjumpaan pelajar dengan pensyarah di atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet bagi pembahagian markah projek produk yang telah di hasilkan oleh para pelajar.Selain itu, perjumpaan ini juga untuk membincangkan tentang tugasan berkumpulan di mana setiap kumpulan harus mencipta satu blog bagi mengupload hasil projek produk tersebut. Tujuan mencipta blog adalah bagi mengupload projek produk yang terbaik dari kalangan ahli kumpulan dan apa-apa tentang projek produk tersebut.



Gambar Projek Produk















Pandemic Covid-19 !!!! Bermulanya pembelajaran atas talian di Malaysia





Assalamualaikum WBT..........

Tahun 2020 adalah tahun yang sangat mencabar bagi seluruh dunia kerana tahun 2020 merupakan tahun yang malang. Hal ini kerana, pada tahun 2020 terdapat satu penularan wabak penyakit Covid-19 yang datang dari Wuhan, China. Wabak covid-19 ini telah merebak ke seluruh dunia apabila warga negara China yang duduk di China lebih-lebih lagi dari negeri Wuhan telah melancong ke serata dunia. Hal ini membuatkan, penyebaran wabak covid-19 tersebar dengan luas dan cepat .

    Selain itu, wabak covid-19 ini juga telah menimbulkan pelbagai masalah dunia yang harus di hadapi setiap negara. Antara masalah dunia yang harus dihadapi setiap negara ialah ekonomi negara terjejas, kekurangan pakar perubatan, kekurangan alat perubatan, pendidikan terabai, masalah bekalan harian tidak mencukupi dan banyak lagi. Hal ini membuatkan dunia rasa semakin tercabar untuk melawan wabak covid ini.

    Selepas itu, untuk disingkatkan lagi, kita pergi kepada pendidikan di Malaysia dimana oleh kerana wabak covid-19 ini merebak sampai ke negera kita. Kerajaan membuat tindakan dengan membuat pengumuman bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan di jalankan di Malaysia dan antara PKP yang dijalankan ialah  penutupan semua sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi bagi awam dan juga swasta. Hal ini kerana, untuk mencegah wabak covid-19 dengan cara penjarakkan sosial dan  mengurangkan pengumpulan dan kesasakan yang melibatkan orang awam di tempat awam, pelajar dan guru di sekolah, pelajar dan pensyarah di institut pengajian tinggi dan banyak lagi.

    Seterusnya, dalam waktu PKP yang sedang berlangsung, kerajan juga bermesyuarat untuk bersama bergabung tenaga dan mencari idea untuk membuka semula sektor pendidikan seperti persekolahan dan pengajian tinggi tanpa perlu melibatakan orang awam berkumpul di dalam sesebuah tempat. Mesyuarat yang dilakukan oleh kerajaan ternyata membuahkan hasil kerana kerajaan telah menemukan cara untuk membuka sektor pendidikan tanpa perlu mengumpulkan orang awam dalam sesuatu masa. Caranya adalah dengan membuat pembelajaran secara atas talian . Dengan cara ini, pelajar dan guru tidak perlu lagi hadir ke sekolah dan mengajar kerana pelajar dan guru boleh membuat sesi pelajaran di atas talian sahaja. Kerajaan telah memperkenalkan sesi pembelajaran di atas talian ini dan meminta agar semua rakyat peka akan penggunaan aplikasi-aplikasi tertentu untuk pembelajaran di atas talian ini.

    Oleh yang demikian, timbullah beberapa aplikasi bagi membantu pembelajaran di atas talian. Antara aplikasi tersebut ialah Google Classroom, Google Meet, Schoology, Gmail, Telegram, Whatsapp dan media sosial lain.Aplikasi ini adalah aplikasi yang dicadangkan untuk melakukan sesi pembelajaran atas talian. Kerajaan juga telah memberi inisiatif dengan memberikan internet percuma bagi setiap telcom bagi membantu pelajar yang kurang kemampuan dalam melanggan inetrnet untuk tujuan pembelajaran di atas talian. Namun, pembelajaran atas talian ini haruslah diterhadkan oleh kerana kekurangan internet di kalangan murid-murid dan guru itu sendiri. Sebagai contoh, mengikut jadual pembelajaran yang diberikan, sekiranya pembelajaran di sekolah berlalu selama  1 jam 30 minit, bermakna pembelajaran atas talian perlu dilakukan 45 minit sahaja. Hal ini untuk mengelakkan masalah internet yang akan berlaku di antara murid dan guru.

    Akhir sekali, tahun 2020 dianggap sebagai tahun yang mencabar dan melalui banyak perubahan dari tahun-tahun sebelumnya. Oleh yang demikian, orang ramai haruslah menjaga kesihatan diri dan keluarga agar terhindar daripada wabak covid-19 ini. Orang ramai juga dinasihatkan agar menggunakan peluang yang banyak disediakan oleh  kerajaan kerana kerajaan sudahpun melakukan sehabis baik di dalam melawan wabak covid-19 di samping membantu orang ramai yang berada dalam keadaan terjejas dan kurang mampu. Kerajaan juga perlu menguatkan lagi penguatkuasaan undang-undang dalam menyekat mana-mana pelancong asing terutama sekali dari negara China yang mempunyai tanda atau gejala wabak covid-19 ini. Bersama kita untuk bersatu padu antara satu sama lain dalam mengangani wabak covid-19 di Malaysia dan menghargai perjuangan barisan hadapan kita yang sanggup berhadapan dengan risiko yang tinggi di dalam menjaga keamanan negara kita dan memulihkan mangsa yang mengalami gejala covid-19 ini. 



Sekian,Terima Kasih

Pengenalan kami

  Assalamualaikum W.B.T Add caption FAKULTI INOVASI PERNIAGAAN DAN TEKNOLOGI IJAZAH SARJANA MUDA PERBANKAN ISLAM DAN TAKAFUL (KEPUJIAN) BIBT...