Bermulanya perbincangan tentang projek produk individual task !!

 

Assalamualaikum WBT.........

Segala langkah-langkah sehinggalah penghasilan Blog hanyalah melalui  group Whatsapp sahaja oleh kerana PKP yang sedang berlangsung akibat daripada wabak covid-19.


1) Pemberitahuan tentang projek produk yang akan dihasilkan secara individual oleh pelajar-pelajar yang mengambil subjek MPU 3243 Keusahawanan dan harus dibentangkan di dalam video berdurasi 5 minit melalui group Whatsapp.



2) Membuat list dan memilih tajuk tentang projek produk yang akan dihasilkan oleh para pelajar secara individual bagi memastikan tidak ada persamaan antara satu sama lain melalui group Whatsapp


3) Menerangkan tentang tugasan yang diberikan di aplikasi Schoology berkenaan rubrik produk pitching yang akan membantu dalam penghasilan projek produk yang akan dihasilkan secara individual melalui group Whatsapp.



4) Proses pembuatan projek produk secara individual di mana pelajar ini telah memilih speaker sebagai projek produk beliau dengan menggunakan bahan-bahan terpakai seperti bekas makanan(pringles), kadbod, gam cair dan juga salotip.


5) Oleh kerana masih di dalam PKP dan pembelajaran secara atas talian,pensyarah meminta agar semua pelajar membuat video tentang projek produk yang telah di hasilkan. Proses pembuatan video yang berdurasi selama 5 minit tentang projek produk yang telah dihasilkan secara individual oleh pelajar-pelajar. Video direkod dengan menggunakan aplikasi Loom serta di edit dengan menggunakan aplikasi Filmora berdasarkan kreativiti masing-masing.


6) Hari yang dinantikan, tarikh yang mengejutkan. Para pelajar diminta untuk menghantar dan mengupload video projek produk yang berdurasi selama 5 minit di dalam aplikasi Schoology atau para pelajar boleh mengupload video berkenaan di aplikasi Google Drive dan dikongsikan kepada pensyarah supaya pensyarah dapat melihat video tersebut.


7) Membuat pemilihan ahli kumpulan dan menubuhkan sebuah group bagi perjumpaan atas talian bersama pensyarah dengan menggunakan aplikasi Google Meet. Penubuhan  group ini bertujuan untuk memberi markah kepada pelajar tentang projek produk yang telah dihasilkan.


8) Perjumpaan pelajar dengan pensyarah di atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet bagi pembahagian markah projek produk yang telah di hasilkan oleh para pelajar.Selain itu, perjumpaan ini juga untuk membincangkan tentang tugasan berkumpulan di mana setiap kumpulan harus mencipta satu blog bagi mengupload hasil projek produk tersebut. Tujuan mencipta blog adalah bagi mengupload projek produk yang terbaik dari kalangan ahli kumpulan dan apa-apa tentang projek produk tersebut.



Gambar Projek Produk















No comments:

Post a Comment

Pengenalan kami

  Assalamualaikum W.B.T Add caption FAKULTI INOVASI PERNIAGAAN DAN TEKNOLOGI IJAZAH SARJANA MUDA PERBANKAN ISLAM DAN TAKAFUL (KEPUJIAN) BIBT...