Projek Produk Easy Print by Fathiah
1) Nama : NUR FATHIAH BINTI AZEMI
Kelas : BIBT 1
No. Matriks : B2010043
Subjek : MPU3243 KEUSAHAWANAN
Deskripsi Projek Produk :
Produk Easy Print ini di inovasikan dari mesin printer yang sedia ada dipasaran. Terlahirnya idea untuk menginovasikan mesin printer ini diatas masalah yang timbul. Antara masalah nya adalah kesukaran mengunakan mesin printer, mesin printer yang besar dan berat, sukar untuk dibawa kemana-mana dan sebagainya. Mesin ini adalah jawapan segala masalah yang timbul. Dengan pengunaan yang mudah, wayerless dan boleh dibawa kemana sahaja. Bukan sekadar pengunaan printer malah photostate dan scan juga ada. Lebih-lebih lagi Easy Print ini dapat memberi kesenangan pada para pelajar sekolah, pelajar IPT malah pada guru serta pensyarah. Mesin Easy Print ini mampu dimiliki kerana harga nya hanya lah RM350 untuk seumur hidup. Nak guna printer,Gunalah Easy Print.
Projek Produk Cloth Hanger by Syahirah
2)Nama : NURUL SYAHIRAH BINTI ZUNAIDI
Kelas : BIBT 1
No. Matriks : B2010060
Subjek : MPU3243 KEUSAHAWANAN
Deskripsi Projek Produk :
Projek ini dilengkapi dengan sensor rain detector, buzzer, raspberry pi dan Dc motor. Sensor rain detector berfungsi untuk mengesan isyarat apabila terkena air hujan. Komponen elektronik yang berfungsi untuk menukar getaran elektrik kepada getaran bunyi apabila air hujan terkena pada rain detector adalah buzzer. Raspberry pi ialah komponen utama dalam produk ini yang berfungsi untuk memberi notifikasi melalui email atau gmail pengguna menggunakan telefon pintar atau computer pengguna dan telah di setup dengan Dc motor pada ampaian tersebut.Produk ini di anggarkan berharga RM599.70 dan sasaran yang dikenakan ialah kepada suri rumah yang bekerja atau pun yang tidak bekerja dan bujang
Projek Produk Speaker Budget by Ammar
3) Nama : MUHAMAD SYAKIR AMMAR BIN FAUJI
Kelas : BIBT 1
No. Matrik : B2010030
Subjek : MPU3243 KEUSAHAWANAN
Deskripsi Projek Produk :
Projek produk yang saya hasilkan ialah sebuah speaker. Nama produk yang saya hasilkan ialah Budget Speaker. Fungsi produk ini adalah untuk kemudahan orang ramai dan kegunaan luar apabila melakukan aktiviti luar yang memerlukan penggunaan speaker sebagai hiburan. Harga produk yang dihasilkan bermula daripada RM 5 hingga Rm 10 sahaja. Produk ini dihasilkan bagi mereka yang meminati aktiviti luar atau sukan luar yang memerlukan penggunaan speaker sebagai Gerakan mereka atau sebagai hiburan mereka. Contohnya seperti bermain skateboarding dimana mereka memerlukan speaker untuk mengeluarkan lagu sebagai menyemarakkan lagi semangat mereka untuk melakukan skating. Selain itu, antara aktiviti luar lain yang memerlukan penggunaan speaker ini ialah aktiviti tarian yang dijalankan secara berkumpulan. Aktiviti tarian memerlukan tempat yang sesuai dan lagu yang menarik bagi merancakkan lagi aktiviti tarian dan antara aktiviti tarian yang terkenal yang dipersembahkan di jalanan negara kita ialah sepeti zapin, kuda kepang, ulek mayang, tarian hip-hop dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment